Saturday 10 May 2014

Rambut Gugur ? Halussss.

Assalamualaikum.

Arghhh. Stressnya rambut saya ni mau sangat nak gugur. Baru tarik sikit,pergh berduyun duyun tercabut. Situasi ini amat amatlah tersangatlah merisaukan. Takmauuu botakkkk -,- Tapi yang peliknya,tau rambut ni cepat gugur,best jugak tarik tarik kumpul haha. Pahtu kita tunjuk kat nenek cakap suh nenek wow kan. Entah pape --'

Sekarang ni sy pakai syampu safi shayla. But for scalp prob. Memang ad masalah kelemumur (entah betol tak spelling ny ke kelimumur? --') Tapi rambut pun gugur gak. Eh takde ka 2 in 1. Ke beli dua dua syampu pakai sekaligus time mandi hahaa. Memang berjam la mandinya. Merapu dah mek --'

Mek pakai yang ni..

Nak beli yang ni. kita pakai dua dua lah haha

Tadi cerita cerita potpetpotpet dengan akak akak tempat kerja pasal rambut,ad yg suggest dove. Pengguna dove? Berkesankah? Tak pernah try lagi dove. Kalau ada rezeki kita cubalah nanti. Ngee.

Apa yang buat sy eksited sangat pakai syampu safi shayla ni sebab.. ada Habbatus Sauda. 
Apa yang istimewa habbatus sauda ni? (kita baru tau jugak dulu teruih eksited nak beli)

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda :  
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”. 
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”. 
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
Dalam perubatan moden gak setelah dikaji digodek godek pun banyak khasiat nya. Penat nak list. Hehe. Nak layan Kilauan Emas kejap. Hilang fokus. Best tau layan kilauan emas nih heheh.
Haa. Eksited kan tau tu. Bole la try nanti sayang sayang sekalian. Muahhh !

Lots of Love,
Ciknurepaa.



3 comments:

  1. Ok eh syampu nih?? klau ok nak try gak lah..

    ReplyDelete
  2. okeyyyy sangat bagi efa. wangiii :)

    ReplyDelete
  3. ubat segala penyakit.. hurmm bagus ni

    ReplyDelete